Jam menunjukkan 4.30 petang pada hari rabu bersamaan dengan 5 Dis 2012...
" o.k pelajar2 bleh la hbiskn ayt2 t'akhir anda, ikat soaln ngan krtas tmbhn dn pstikn iktn tu x t'lmpau ketat "
Itulah lafaz yang ditunggu-tunggu oleh calon SPM 2012 yang mengambil aliran sains tulen agama. Lafaz inilah yang menunjukkan tamatnya "penyeksaan" tapi bagi saya sendiri . Ini bukanlah satu penyeksaan tapi satu " pembelajaran " yang mana ia mengajar erti kesabaran. Bukankah pepatah ada menyatakan bahawa " bersusah-susahlah dahulu,bersenang-senang kemudian "
" setiap pertemuan itu adanya perpisahan.. perpisahan itu lebih menarik bila ukhuwwah itu semuanya kerana Allah.."
Disaat hari terakhir bersama-sama dengan rakan-rakan itu lah saat terakhir aku memakai pakaian rasmi. Dahulunya, belajar apa makna BI'AH SOLEHAH, kemudian belajar pula erti UKHUWWAH FILLAH, kemudian belajar pula erti PERJUANGAN dan hari ini dan di saat ini adakah segala apa yang dipelajari di praktikkan? masih dibelenggu dalam pemikiran.
Di waktu sekolah rendah, muallim/ah mengajarku erti aurat yang mana aurat lelaki dengan wanita bukan muhrim adalah pusat hingga lutut manakala wanita pula keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Rindu sungguh dengan semua pembelajaran itu. Di waktu kecil tak tahu lagi erti ikhtilat yang mana boleh maen kejar2 .. hihi...
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
bukankah Allah menyuruh kita menutup aurat? tapi adakah kawan-kawan menutup apa yang Allah suruh.Kawan-kawan tak semudah kita mengupas kulit kacang untuk kita mengamalkan kebaikan tetapi sesenang kita menghirup udara untuk kita melakukan perkara mungkar kerna Allah telah tetapkan fitrah kehidupan manusia begitu kerana Dia ingin menguji kita sejauh mana iman kita. Adakah sejauh laut china selatan? itu persoalan yang masih belum dirungkai tetapi ia akan terungkai tatkala kita bermuhasabah diri kita sendiri.
" ya Allah, aku tidak mampu melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar dengan lisan,, aku hanya mampu berdoa kepadaMu agar sahabat2 ku sentiasa dalam rahmatMu. Engkau berikanlah hidayah kepada aku dan sahabat2Ku agar kami dapat menegakkan agama yang sungguh suci ini yakni Islam.Aku bermohon kamilah manusia yang terpilih untuk menjadi pengganti Sultan Muhammad Al-fateh "
Tatkala meningkat remaja, sek.men.islam al-irsyad, smk sg.isap dan smka tengku ampuan hajjah afzan phg telah mengajar erti kehidupdan sebenar untukku mengejar cinta hakiki. Persahabatan yang dibina dengan ukhuwwah fillah tidak akan dilenyap walau ada ombak yang melanda badai. Bila dihentam dengan apa jua ujian, insyaAllah akan tetap berkekalan. Pernah tak kawan-kawan membaca novel SINERGI karya Hilal Asyraf ? buku itu penuh dengan pengisian jiwa tentang persahabatan.
" Persahabatan dalam Islam diikat oleh tali
keimanan dan kasih sayang di antara mereka. Iman selalu bersemayam di
hati dan bukan hanya terletak di alam pikiran "
dengan ini sudah jelas bahwa setiap perpisahan itu tidak bermakna berpisah untuk selama-selamanya kerana persahabatan itu sudah pun terikat dengan IMAN persis dengan makna sinergi iaitu 1 + 1 = 3 yang mana seorang individu bersahabat dengan individu yang lain yang menghasilkan dua sahabat yang terikat dengan iman. Begitu indah bila kita semua bersahabat hanya kerana Allah.
Akhirnya saya belajar erti perjuangan yang mana seorang pemimpin perlu memimpin pimpinannya supaya misi yang dicitakan digapai dengan hanya untuk agama yang suci yang islam. Islam merupakan agama yang agung dan agama yang diterima Allah. Apabila kita lihat sendiri orang yahudi kini sedang merncang untuk merosakkan orang islam tidak kira dari sudut apa-apa pun kerana musuh utama orang yahudi adalah islam. teringat wak2 kcil dlu bljo subjek aqidah mlmh prnh kte bnyk2 agama yg benci pd islam adlh yahudi. http://www.youtube.com/watch?v=noNv-RuvZls
Perjuanganku sebagai pemimpin disekolah telah mengajar serba sedikit untuk memperjuangkan islam diluar sana. Menghadapi masalah pelajar itu sudah menjadi kebiasaan untuk menghadapi masalah mad'u.
" anak2 abi jadilah ape2 pun asalkan da'ie illallah " kata2 abi
Kata-kata inilah yang membangkitkan aku sebagai pemimpin dan da'ie Allah. Walaupun kadang-kadang terjatuh tersungkur susah untuk kita bangun sebab itulah pentingnya ukhuwwah fillah yang mana sahabat kita yang sama inginkan islam itu tertegak dengan usahanya supaya membangkitkan kita semula. Dalam perjuangan ini kita dapat faham bahwa pentingnya berjemaah.
"Sesungguhnya Allah menyukai orang
yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka
seperti suatu bangunan yang tersusun kukuhSesungguhnya Allah menyukai orang
yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka
seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
(surah as-soff : 4 )
Berdasarkan dengan ayat ini juga kita dapat lihat bahwa pentingnya kita berjemaah dan amalan ini sangat disukai oleh Allah. Sebagai contoh jikalau kita bergerak keseorangan dalam memperjuangkan sesuatu untuk mendapat dari golongan yang berjemaah adakah kita akan dapat hasilnya dengan begitu mudah?. Sama juga seperti harian kita khusus sebagai pelajar, jika kita belajar berseorangan tanpa guru adakah kita akan memahaminya dengan mudah. Jadi fikir-fikirkan sahabat. Carilah jemaah yang anda suka untuk dijadikan sebagai medium dakwah kalian.
" aku bukanlah sehebat srikandi islam yang bernama zinnierah.. tapi aku cuba yang terbaik untuk agama ISLAM. TAKBIR !! ALLAHUAKBAR.!! MUSLIM SEPAKAT ISLAM BERDAULAT!! "
sekian....
srikandi119